Gas Malaysia pacu kecekapan tenaga dan pengurangan karbon

Gas Malaysia pacu kecekapan tenaga dan pengurangan karbon menerusi CHP

LAWATAN media dan penganalisis pemain industri ke Gabungan Haba dan Kuasa (CHP), Seberang Prai, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat di bawah kumpulan MMC Corporation Berhad (MMC), Gas Malaysia Berhad  teguh mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian tenaga inovatif  dan pengurangan jejak karbon melalui teknologi Gabungan Haba dan Kuasa (CHP).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, sistem CHP menjana kedua-dua elektrik dan haba daripada satu sumber bahan api.

Katanya, teknologi  tersebut memberi manfaat bagi sektor perindustrian yang memerlukan kedua-dua tenaga elektrik dan haba.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gas Malaysia Energy Advance Sdn. Bhd. (GMEA), usaha sama antara Gas Malaysia dan Tokyo Gas Engineering Solutions Corporation (TGES) menerajui perniagaan bersama bagi  CHP.

“GMEA mengendalikan tiga loji dengan gabungan kapasiti untuk menjana 41.7 megawatt (MW) elektrik 165 tph stim  dan 1,684 kW air panas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dengan potensi mengurangkan kira-kira 72,261 tan karbon dioksida setahun, sistem CHP diunjurkan dapat memberi sumbangan besar kepada kemampanan terhadap pelanggan.

“Usaha ini bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih hijau memandangkan industri memberi penekanan yang lebih besar terhadap mengamalkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar,” ujarnya.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan,  Gas Malaysia menganjurkan lawatan kerja untuk penganalisis dan media ke loji CHP, Seberang Prai, Pulau Pinang baru-baru ini.

“Lawatan itu bertujuan untuk memberikan pendedahan cara loji menjana elektrik dengan cekap dan menangkap haba buangan untuk menghasilkan tenaga terma yang berguna.

“Selain itu, lawatan tersebut  bertujuan meningkatkan pemahaman mengenai perniagaan kami dan memperoleh lebih maklumat tepat tentang CHP,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, lawatan tersebut membolehkan syarikat  menangani sebarang ketidakpastian berkaitan dengan perniagaan dan sejajar dengan jangkaan pihak berkepentingan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN