SAUDARA PENGARANG,
SAYA sebulan, dua kali saya akan ke pasar Klang dan pasar Chow Kit. Saya dapati warga asing seperti Bangladesh, India, Nepal, Indonesia ramai memenuhi pasar tersebut tidak kira menjual, bekerja dan membeli. Mereka tinggal di bangunan-bangunan rumah kedai.
Pihak Jabatan Imigresen hendaklah membuat serbuan bukan sahaja di rumah kedai, restoran, rumah urut, pub, disko dan kuil tetapi di kampung-kampung seperti di Shah Alam yang mana warga asing seperti Indonesia, Bangladesh, Nepal, India tinggal menyewa rumah dan juga bekerja sebagai kuli. Imigresen hendaklah menangkap bukan sahaja pekerja asing tanpa izin (PATI) malahan majikan dan juga tuan punya rumah sewa.
Kampung Sijangkang contohnya ramai warga Indonesia, Bangladesh, Nepal yang bekerja sebagai pembantu kedai tepi jalan, pembantu restoran dan ada warga Bangladesh yang buka kedai. Majlis bandar raya dan pejabat tanah tolong robohkan kedai tak kira warga tempatan atau warga asing yang berniaga dan membuat premis kekal atas tanah kerajaan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tolong siasat kenapa sampai sekarang beratus-ratus aduan dibuat warga asing dan warga tempatan masih bebas berniaga dan membuat premis kekal atas tanah kerajaan.
Beberapa kampung di Muar, Johor seperti Parit Bugis, Parit Yaani, Parit Jawa, Parit Keroma dan beberapa kampung di Muar turut dibanjiri oleh warga Indonesia, Nepal, Bangladesh dan India. Mereka bebas menyewa rumah orang tempatan, bekerja kilang, bekerja restoran.-UTUSAN
AMEERA
Kuala Lumpur









