Penyasaran subsidi diesel: 80 premis diperiksa KPDN Melaka

Penyasaran subsidi diesel: 80 premis diperiksa KPDN Melaka

PENGUAT kuasa KPDN Melaka memeriksa sebuah premis yang dilaporkan mengenakan caj transaksi kod QR. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka telah memeriksa 80 premis membabitkan 108 jenis perkhidmatan dan barangan dalam Op Kesan 2.0 Fasa Satu dan Dua setakat 20 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, ia bertujuan mengesan unsur pencatutan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan Persekutuan.

“Para peniaga diminta mengemukakan perincian maklumat caj yang dikenakan kepada pengguna. Kita meneruskan pemeriksaan serta pemantauan di premis-premis yang telah dikenal pasti.

“Ia bagi mengesan sekiranya berlaku sebarang aktiviti peningkatan harga atau caj yang tidak selaras dengan mekanisme untuk menentukan keuntungan yang munasabah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan dikemukakan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) mengenai tindakan pihak berkuasa dalam memastikan para peniaga tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan susulan penyasaran subsidi diesel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini