Pas Perak minta Ahmad Zahid cermin diri

Pas Perak minta Ahmad Zahid cermin diri

RAZMAN Zakaria (tengah) dalam sidang akhbar semasa Persidangan DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pas Perak meminta Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ‘cermin diri’ susulan kenyataan Presiden UMNO itu berhubung penolakan kerjasama bersama parti berkenaan selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi Presiden Pas.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sikap berbohong itu adalah terpalit kepada Ahmad Zahid yang pernah menyatakan ‘no DAP, no Anwar’.

“Kita mengadakan Perpaduan Ummah untuk semuanya bersatu tetapi kita tidak mahu membawa pemimpin-pemimpin yang bermasalah. Ahmad Zahid ini termasuk orang (pemimpin) yang bermasalah.

“Dia yang menipu. Semua orang tahu, n’o DAP, no Anwar’,” katanya dalam sidang akhbar semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Ahmad Zahid semasa merasmikan persidangan UMNO Kuala Kangsar semalam dilaporkan berkata, beliau adalah saksi kepada pembohongan yang dilakukan Abdul Hadi yang mana Ahli Parlimen Marang itu disifatkan sebagai pemimpin tidak tetap pendirian.

Pada 5 Disember lalu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyifatkan Pas sebagai ‘gila talak’ apabila parti itu tidak menolak untuk kembali bekerjasama dengan UMNO.

Mengulas lanjut, Razman menganggap UMNO buat masa ini bukan lagi wadah perjuangan namun lebih menjadi perjuangan Presidennya dalam berdepan kes mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×