Perang Gaza: AS hantar bom satu tan kepada Israel

Perang Gaza: AS hantar bom satu tan ke Israel

LETUPAN dan asap hitam berlaku selepas serangan udara Israel menyasarkan sebuah bangunan kediaman di bandar Bureij, tengah Gaza pada 3 Jun.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel untuk operasi di Gaza, walaupun jumlah korban awam meningkat dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain menjadi sekutu politik terpenting Tel Aviv, Washington kekal sebagai pembekal terbesar senjata kepada tentera Israel.

Kongres meluluskan AS$17 bilion (RM80 bilion) bantuan ketenteraan kepada Israel di bawah pakej bantuan ketenteraan asing sebanyak AS$95 bilion (RM447 bilion) pada April.

Israel membunuh lebih 38,000 rakyat Palestin sejak serangan rentas sempadan, yang mencetuskan bencana kemanusiaan di wilayah terkepung itu.

Cara Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengendalikan perang di Gaza meresahkan Presiden AS, Joe Biden. Namun, belum ada sekatan serius terhadap bekalan senjata.

Netanyahu malah menuduh pentadbiran Biden menyekat bantuan ketenteraan, dengan pegawai AS mengesahkan jeda dalam penghantaran senjata melibatkan bom seberat 907 kilogram.

Lapor Reuters, merujuk sumber rasminya, mendedahkan bahawa dari 7 Oktober 2023 hingga 28 Jun lalu, AS menghantar sekurang-kurangnya 14,000 bom MK-84 yang digunakan dalam pesawat pengebom ke Israel.

Penghantaran itu turut disertakan dengan 6,500 bom seberat 227 kilogram, 3,000 peluru berpandu Hellfire, 1,000 bom penggempur bunker, 2,600 bom kaliber kecil yang dilepaskan dari pesawat dan senjata lain.

Pentadbiran Biden juga membenarkan penghantaran bom seberat satu tan dalam bulan Mei.

Memo dalaman yang dikongsi pemimpin Demokrat di Dewan Perwakilan Rakyat dan ahli Kongres berkata, penghentian penghantaran bom satu tan menyumbang kurang daripada satu peratus sokongan ketenteraan yang diberikan oleh AS kepada Israel sejak konflik tercetus.

Menurut CNN, seorang pegawai tidak menafikan penerbangan penghantaran dikesan antara pangkalan Tentera Udara AS dan Israel, penerbangan itu mewakili aliran berterusan bantuan Pentagon ke Tel Aviv.

Dari Oktober hingga Januari tahun ini, purata 15 penerbangan kargo berlaku setiap hari, kemudian menurun kepada kira-kira lima.

Kebanyakan penerbangan mendarat di Pangkalan Udara Nevatim berhampiran bandar Be’er Sheva di selatan Israel.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN