Nikmati pengalaman omakase

Nikmati pengalaman omakase

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERPELUANG memilih sendiri lauk-pauk yang diingini bagi hidangan teppanyaki sememangnya satu kepuasan kepada individu.

Jika anda merupakan penggemar daging, tentunya boleh melebihkan bahan mentah itu berbanding ayam.

Atau anda juga boleh menggabungkannya bersama kepingan salmon, udang atau kupang mengikut citarasa masing-masing.

Tempoh menunggu sajian siap dimasak kira-kira lima minit seolah-olah tidak terasa apabila menghidu aroma harum dan enak.

Bukan hanya teppanyaki, bahkan pengalaman omakase eksklusif itu boleh dinikmati membabitkan beberapa sajian lain di Restoran Fu-Rin di Glenmarie Hotel & Golf Resort.

Pengurus Besarnya, Christoph Voegeli berkata, pelanggan juga berpeluang menjamu selera dengan pelbagai pilihan sashimi, sushi dan tempura yang lazat.

Katanya, setiap hidangan diilhamkan oleh air tangan Cef Mike Yip yang berkepakaran lebih 30 tahun dalam penyediaan masakan Jepun mewah.

“Istimewanya, pelanggan bukan sahaja dapat menikmati teknik sajian tradisi Jepun bahkan, bahan-bahan masakan turut dibawa khas dari negara matahari terbit itu setiap minggu,” katanya baru-baru ini

Restoran Fu-Rin beroperasi setiap hari dari pukul 12 tengah hari hingga 2.30 petang diikuti 6 petang hingga 10 malam.

Jelas Voegeli, pembukaan semula restoran yang serba baharu itu menandakan komitmen tinggi pihaknya dalam menawarkan pengalaman makan yang indah kepada tetamu hotel dan para pelanggan.

Beliau percaya ia boleh menjadi destinasi kegemaran ramai terutama bagi mereka yang mengidamkan juadah dan perkhidmatan luar biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×