Pelakon lelaki didakwa belasah teman wanita 

Pelakon lelaki didakwa belasah teman wanita 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita dibelasah teman lelakinya yang juga pelakon di Ara Damansara di sini, awal pagi semalam.

Pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian pada pukul 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar @ Ismail berkata, pada pukul 3 pagi mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

Katanya, teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira pukul 4 pagi.

“Sebaik sahaja tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

“Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sea Park dekat sini berkaitan kejadian terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan cedera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×