Permintaan Rosmah gugur 12 pertuduhan belum dimuktamad

Permintaan Rosmah gugur 12 pertuduhan belum dimuktamad

ROSMAH Mansor tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi penghujahan untuk menggugurkan pertuduhan AMLA dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum memuktamadkan represen­tasi ketiga Datin Seri Rosmah Mansor bagi mengugurkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7.09 juta dan lima kesalahan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Peguam Amer Hamzah ­Arshad yang mewakili isteri bekas Perdana Menteri memberi­tahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, hingga kini pihaknya belum menerima sebarang ja­wapan sama ada representasi itu ditolak atau diterima oleh pihak pendakwaan.

Rosmah, 72, menghantar representasi ketiga pada 12 Di­sember 2023 selepas representasi pertama dan kedua yang dikemukakan pada 3 Mei dan 18 Ogos 2023 masih belum diputuskan oleh AGC.

Pada prosiding 1 Mac lalu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan, pihaknya perlu meneliti beberapa butiran dan fakta baharu yang dibangkitkan oleh Rosmah serta memanggil beberapa saksi membantu siasatan sebelum memutuskan representasi tersebut.

Sehubungan itu, Amer Ham­zah memaklumkan, pihak pem­belaan tidak berhasrat untuk menangguhkan lagi permohonan bagi menggugurkan pertuduhan terhadap Rosmah dan bersedia untuk meneruskan penghujahan.

Dalam hujahannya, Amer Hamzah berkata, 12 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi Rosmah tidak berasas kerana tidak menyatakan bentuk aktiviti haram atau ke­salahan predikat daripada mana hasil dikatakan telah diperoleh.

Ujar beliau, pertuduhan itu juga didapati bertindan di antara satu sama lain menyebabkan Rosmah didakwa dengan pertuduhan sama berkali-kali walhal faktanya adalah sama.

“Daripada keseluruhan 17 pertuduhan yang dihadapinya, Rosmah didakwa secara berulang, pendakwaan cipta seba­nyak mungkin pertuduhan mengunakan fakta kes yang sama dan ini tidak adil kepada Rosmah,” ujar Amer Hamzah.

Hujah beliau lagi, pertuduhan gagal mengisytiharkan harta tidak wajar dikaitkan dengan kesalahan pengubahan wang haram kerana ia tidak tertakluk di bawah Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktivi­ti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ujarnya, Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiada berhak untuk mengemukakan pertuduhan terhadap Rosmah kerana agensi itu tiada kuasa menjalankan siasatan berkaitan kes gagal mengisytiharkan cukai.

Hakim K. Muniandy kemudian menetapkan penghujahan disambung pada 23 Ogos ini.

Rosmah dibicarakan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN antara 2013 dan 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×