Jeneral tertinggi Israel sokong gencatan senjata

Jeneral tertinggi Israel sokong gencatan senjata

ASKAR Batalion Caracal ke-33 Israel mengambil bahagian dalam perarakan tamat latihan di utara Negev, selatan Israel, 13 Mac lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Jeneral tertinggi Israel menyokong gencatan senjata di Gaza sekalipun ia bermaksud mengekalkan kuasa pejuang Hamas di wilayah itu, lapor New York Times (NYT).

Pendirian itu didakwa mewujudkan pertelingkahan antara tentera dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang konsisten menentang gencatan senjata untuk membolehkan Hamas bertahan dalam perang.

Menerusi wawancara dengan enam pegawai keselamatan, jeneral tertinggi itu percaya gencatan senjata adalah cara terbaik untuk membebaskan 120 tebusan Israel yang tinggal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kurang kelengkapan untuk pertempuran selanjutnya selepas perang terpanjang dalam beberapa dekad, jeneral juga berpendapat tentera mereka memerlukan masa untuk pulih sekiranya perang darat menentang Hezbollah meletus,” kata laporan itu.

Malah, gencatan senjata dengan Hamas juga boleh memudahkan perjanjian dengan Hezbollah, menurut pegawai yang enggan namanya disiarkan.

Kepemimpinan tentera Israel terdiri daripada kira-kira 30 jeneral kanan termasuk ketua tentera, Jeneral Herzi Halevi dan komander tentera, tentera udara, tentera laut dan perisikan tentera.

Laporan berkata, sokongan tentera untuk gencatan senjata mencerminkan perubahan besar sepanjang beberapa bulan lalu, apabila Netanyahu semakin jelas tidak komited dengan rancangan pasca perang.

Akhbar terkemuka Amerika Syarikat (AS) itu berkata, tidak jelas bagaimana kepemimpinan tentera menyatakan pandangan kepada Netanyahu secara tertutup, tetapi terdapat gambaran kekecewaan perdana menteri itu terhadap jeneral.

Menurut NYT, tentera bimbang konflik yang berpanjangan menyebabkan sumbernya secara beransur-ansur berkurangan, manakala tebusan kekal dalam tawanan dan pemimpin Hamas terus bebas.

Dalam senario ini, bekas Penasihat Keselamatan Israel, Eyal Hulata menganggap langkah mengekalkan kuasa Hamas buat sementara waktu sebagai pertukaran pembebasan tebusan adalah pilihan yang wajar buat Israel.

Sebelum ini, Ketua Jurucakap Tentera, Daniel Hagari berkata, pemikiran untuk menghapuskan Hamas adalah salah kerana gerakan itu adalah berakar umbi daripada idea yang subur dalam kalangan penyokongnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN