PARLIMEN: Tambah baik sistem saraan antara kaedah bendung brain drain

PARLIMEN: Tambah baik sistem saraan antara kaedah bendung brain drain

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penambahbaikan sistem saraan untuk penjawat awam antara kaedah bagi membendung penghijrahan cendekiawan atau brain drain ke luar negara. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, Malaysia setakat ini belum mempunyai angka rasmi peratusan tenaga mahir yang berhijrah ke luar negara. 

Justeru, beliau berpandangan, satu sistem yang lebih baik perlu dibnagunkan untuk mengesan mereka. 

“Kerajaan memang jalankan beberapa usaha untuk mengekang penghijrahan cendekiawan. Baru-baru ini telah umum penambahbaikan sistem saraan untuk penjawat awam. 

“Itu salah satu cara kita memberi keutamaan ini kepada penjawat awam ini atau mereka yang mahu bekrja di sektor awam dan swasta mendapat pulangan atau gaji yang lumayan atau setara dengan apa diberikan di negara luar. Tetapi itu bergantung kepada berapa banyak kewangan negara kita,” katanya dalam sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai 5.5 peratus atau 1.18 juta penghijrahan cendekiawan pada 2023.

Terdahulu, Zaliha berkata, kerajaan telah melaksanakan model baharu penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Berasaskan Tempat Berkhidmat mulai 2016.

Katanya, perkara itu antara usaha untuk mengurangkan masalah hijrah cendekiawan yang melibatkan graduan tajaan kerajaan yang bekerja di luar negara

“PBU Berasaskan Tempat Berkhidmat itu supaya program penajaan seumpama ini dapat memberikan pulangan pelaburan dalam bentuk modal insan kepada negara,” katanya. 

Beliau menjawab soalan asal Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) mengenai usaha kerajaan mengatasi isu itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×