Penyedia platform turunkan kandungan langgar peraturan

Penyedia platform boleh turunkan kandungan langgar peraturan

TEO NIE CHING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan me­nurunkan sesuatu kandungan dalam talian bukan hanya tertakluk kepada permohonan pihak kerajaan semata-mata.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, setiap penyedia platform media sosial turut memainkan peranan dalam memantau kandungan yang dimuat naik.

Katanya, ia supaya kandu­ngan itu tidak melanggar perundangan tempatan sedia ada serta terma, syarat dan standard komuniti yang telah ditetapkan.

Justeru, katanya, penurunan kandungan dilakukan penyedia platform tertakluk pertimbangan dan penilaian mereka sendiri berdasarkan laporan penyalahgunaan daripada pengguna platform dan permohonan pihak berkuasa.

“Dalam hal ini, penurunan kandungan yang dimaksudkan oleh Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) tersebut adalah tidak benar disebabkan penurunan yang dilakukan adalah oleh pihak penyedia platform iaitu TikTok tanpa ada sebarang permohonan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC).

“Jika terdapat sebarang kan­dungan yang diturunkan oleh penyedia platform media sosial, pengguna dinasihat berhubung terus penyedia platform berkaitan untuk mengetahui justifikasi penurunan tersebut,” katanya dalam Dewan Rakyat semalam.

Nie Ching berkata, pihaknya tidak menafikan sebanyak 1,862 permohonan dibuat oleh kerajaan berdasarkan Laporan Permintaan Pengalihan Keluar oleh Kerajaan yang diterbitkan pada 6 Jun tahun ini oleh penyedia platform TikTok.

“Tetapi pengguna TikTok juga berhak buat aduan untuk memohon bahawa sesuatu kandungan itu diturunkan.

“Laporan ini menunjukkan bahawa 2,514 kandungan diturunkan kerana melanggar garis panduan komuniti. Selain itu, ada 2,970 kandungan telah diambil tindakan kerana pelanggaran, tetapi ada 747 kandungan tidak diambil tindakan.

“Maksudnya permohonan yang dihantar Kerajaan Malaysia atau sesiapa pun, tetapi akhirnya TikTok tok rasa kandungan tersebut tidak melanggar garis panduan komuniti atau undang-undang tempatan mereka tidak akan turunkan kandungan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×