Fadhlina yakin 'Cikgo Jo' menang PRK Sungai Bakap

Fadhlina yakin ‘Cikgo Jo’ menang PRK Sungai Bakap

FADHLINA Sidek bercakap kepada pemberita da Program Anti Buli Peringkat Daerah Kerian di SMJK Kerian di Parit Buntar, Perak hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek yakin calon Kerajaan Perpaduan, Dr. Joohari Ariffin mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.

Menurutnya, Joohari memiliki latar belakang sebagai seorang pendidik dilihat mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di DUN tersebut.

“Iltizam yang dibawa Cikgu Jo (Joohari) menggariskan empat teras utama dalam manifesto bagi PRK DUN Sungai Bakap. Teras utamanya iaitu prasarana dan progresif, akhlak, akademik anak muda, damai untuk semua mencakupi semua keperluan rakyat pelbagai peringkat.

“Saya percaya beliau akan menjadi pilihan pengundi di Sungai Bakap,” katanya kepada pemberita dalam Program Anti Buli Peringkat Daerah Kerian di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Kerian di Parit Buntar hari ini.

Fadhlina yakin pengundi  DUN Bakap akan memilih calon dari Kerajaan Perpaduan kerana ia kerajaan yang stabil selain kredibiliti calon yang juga bekas pendidik.

“Beliau mengetengahkan tawaran yang dapat memenuhi keperluan semua rakyat di kawasan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina berpuas hati terhadap gerak kerja yang dilakukan oleh jentera parti  sepanjang tempoh kempen PRK tersebut.

“Saya lihat perkembangannya positif dan kita sedang menuju pusingan akhir berkempen dan  saya yakin PH akan menang di situ,” katanya.

PRK DUN Sungai Bakap pada Sabtu ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Joohari yang juga bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara dengan calon Perikatan Nasional (PN) iaitu Abidin Ismail. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×