Cikgu Jo berlapang dada terima keputusan rakyat

Cikgu Jo berlapang dada terima keputusan rakyat

JOOHARI ARIFFIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Sungai Bakap, Dr. Joohari Ariffin menerima dengan lapang dada keputusan pengundi yang memilih calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail sebagai wakil rakyat baharu kawasan tersebut.

Dr Joohari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Jo berkata, keputusan PRK itu juga adalah satu isyarat daripada rakyat untuk gabungan PH dan kerajaan Perpaduan.

“Keputusan ini adalah satu isyarat daripada rakyat. Mereka telah membuat pilihan dan saya terima dengan lapang dada.

“Saya percaya rakyat telah cerdik dalam membuat keputusan mereka. Cuma, pada masa depan, kita harapkan rakyat membuat pertimbangan yang betul berdasarkan penilaian mereka dari semua sudut,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH, di sini hari ini.

PN memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti 4,269 selepas calon mereka, Abidin atau Abang Abidin memperoleh 14,554 undi berbanding 10,285 undi yang dimiliki oleh Joohari.

Dalam pada itu, Joohari berkata, kempen dan jentera PH bersama gabungan kerajaan Perpaduan juga telah menjalankan kempen yang penuh dengan penuh akhlak dan adab serta mengelak daripada menfitnah parti lawan.

“Saya rasakan ini adalah PRK terbaik yang dilaksanakan daripada PH dan kerajaan Perpaduan, jentera-jentera juga telah menjalankan kerjasama yang baik.

“Serangan secara menghasut, fitnah kami elakkan, kami berjaya lakukan kempen dengan penuh beradab dan kami akan gunakan pendekatan yang sama dalam pilihan raya akan datang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×