Polis siasat Firdaus Wong

Polis siasat Firdaus Wong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan terhadap pendakwah bebas, Firdaus Wong susulan video tular membabitkanya yang menasihatkan seorang lelaki cara menangani permintaan remaja bawah umur untuk memeluk Islam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, siasatan dijalankan selepas polis menerima empat laporan berhubung perkara itu dan seramai tiga individu sudah dirakamkan percakapan.

Beliau berkata, polis juga sudah menghubungi Firdaus Wong untuk dirakam percakapan dan beliau memaklumkan sedia datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai  Tiktok yang dilihat oleh pengadu sudah dilakukan bagi tujuan mendapatkan pengendali dan pemiliknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya di sini.

Sementara itu, Firdaus ketika menghubungi mengesahkan pihak polis sudah menghubunginya bagi dirakam percakapan.

“Cuma buat masa ini saya belum berkesempatan untuk hadir memberi keterangan kerana jadual yang agak padat serta banyak perkara perlu diselesaikan sebelum ke Eropah Julai ini atas tujuan dakwah.

“Saya sedang mengatur masa yang sesuai untuk memberi keterangan. Saya dimaklumkan laporan dibuat seorang individu namun tidak diberitahu secara spesifik berkaitan kes apa, namun ada beberapa peguam yang mengeluarkan kenyataan berkaitan video Tiktok ucapan mengenai cadangan memeluk Islam kanak-kanak,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×