Roslan dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu

Roslan dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi-Jabatan Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya mengumumkan pelantikan Datuk Roslan Ismail sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Roslan akan menggantikan Datuk Ahmad Redza Ghulam Rasool yang bersara wajib pada Disember tahun lalu.

Kata beliau, watikah pelantikan itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelantikan KPKR ini sudah melalui prosedur standard yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA),” katanya dalam sidang media di Parlimen.

Roslan memiliki Sarjana Pengurusan Projek dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan mempunyai pengalaman selama 29 tahun terutama penglibatan beliau dalam perancangan dan pelaksanaan projek-projek awam yang berimpak tinggi dan pembangunan industri pembinaan.

Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di pelbagai peringkat sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun ibu pejabat antaranya, sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas dan terini Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia.

Dalam pada itu, Alexander Nanta berkata, pelantikan Roslan lewat kerana ia merupakan jawatan yang tinggi dan penting untuk kementeriannya maka perlu melalui prosedur tertentu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini