Buruh edar dadah dihukum penjara 30 tahun, 12 sebatan - Utusan Malaysia

Buruh edar dadah dihukum penjara 30 tahun, 12 sebatan

MOHD. Aduka Muhamad (tengah) yang didapati bersalah mengedar dadah dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dihukum penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana mengedar dadah, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan hari ini selepas Mohd. Aduka Muhamad, 40, didapati bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Aduka didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 366.93 gram.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan di sebuah kampung di Pulau Kerengga, Marang kira-kira pukul 9 malam pada 4 Mei 2021.

Mohd. Aduka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dikenakan hukuman mati.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkapan iaitu 4 Mei 2021.

Prosiding pndakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd. Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Mazlan Md. Zain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×