Projek depoh tahanan, kuarters RM77.5 juta siap 28 Julai

Projek depoh tahanan, kuarters RM77.5 juta siap 28 Julai

AHMAD Maslan (depan) ketika melakukan tinjauan ke Tapak roek Depoh Tahanan dan Kuarters Imigresen Jawi, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Projek pembinaan Depoh Tahanan Imigresen dan Kuarters Jawi yang bernilai RM77.5 juta bakal siap sepenuhnya pada 28 Julai depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek terbabit merupakan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) Rolling Plan Pertama di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) milik Jabatan Imigresen Pulau Pinang.

Katanya, projek yang dibangunkan di Kawasan seluas enam hektar itu sebelum ini tertangguh selama tiga kali susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ketika pandemic Covid-19 lalu.

“Turut termasuk dalam skop projek ialah pembinaan rumah pam dan tangki sedut selain penyediaan jajaran retikulasi air sepanjang 2 kilometer ke projek depot bagi mengatasi isu tekanan air rendah di kawasan Jawi yang menjejaskan bekalan air di kawasan penjara dan Taman Widuri.

“Projek ini menelan kos sebanyak RM5.78 juta, juga melalui tender terbuka dengan jumlah keseluruhan kos bagi kedua-dua projek mencecah RM83.28 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tapak projek terbabit di Jawi, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah JKR Pulau Pinang, Ahmad Nadzri Abdul Majid dan Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim.

Mengulas lanjut, beliau berkata projek terbabit bertujuan untuk menyediakan pusat tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang kondusif dan boleh menampung kapasiti yang diperlukan selain memiliki ciri-ciri kawalan keselamatan.

“Di samping itu, projek ini juga menyediakan tempat tinggal pegawai bertugas yang yang diyakini dapat
meningkatkan tahap kesiapsiagaan pegawai Imigresen Depot Tahanan dengan masa tindak balas yang pantas bagi menangani sebarang isu sekiranya berlaku kekecohan di blok tahanan.

“Depot tahan baharu ini mampu menampung kapasiti meliputi 834 tahanan lelaki dan 324 tahanan wanita, malah, kita akan pindahkan tahanan dari Depot Tahanan Imigresen Juru apabila siap sepenuhnya nanti,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×