Isu diesel: Jangan ‘kambing hitamkan’ rakyat - Syed Saddiq

Isu diesel: Jangan ‘kambing hitamkan’ rakyat – Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diselar selepas didakwa menjadikan rakyat sebagai ‘kambing hitam’ kerana kegagalan sendiri dalam isu penyelarasan subsidi diesel yang dilaksanakan sejak 10 Jun lalu.

Oleh itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan untuk berhenti menyalahkan rakyat.

Menurut beliau, dakwaan kerajaan bahawa rakyat miskin tidak akan terkesan kerana subsidi diesel masih diberikan melalui fleet card dan Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerana ketidaktentuan dalam pelaksanaan dasar yang penuh dengan caca-marba ini, akhirnya orang yang wajar dapat bantuan tetapi tidak dapat (maka) harga barang terpaksa dinaikan dan selepas itu kerajaan mengugut mereka.

“Cukup-cukuplah ‘kambing hitamkan’ rakyat, salahkan rakyat, peniaga-peniaga dan syarikat kecil ini. Walhal perkara ini berlaku disebabkan ketidaktentuan dari sudut pelaksanaan dasar kerajaan sendiri,” katanya semasa sidang media di Pusat Media di bangunan Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang melibatkan penetapan harga runcit diesel dibuat mengikut harga pasaran.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, kadar keciciran daripada penyasaran subsidi diesel mencecah lebih 70 peratus.

“Daripada 10 penerima yang layak dan patut dapat, hanya tiga sahaja yang telah mendapat bantuan. Ini bukan kerana kegagalan rakyat tetapi kegagalan kerajaan dan kecuaian mereka sendiri.

“Di sini digariskan bahawa sepatutnya satu juta rakyat atau pemohon akan mendapat skim bantuan Budi Madani atau melalui fleet card tetapi pada masa yang sama, kita dengar ucapan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pagi tadi bahawa hanya dalam 300,000 sahaja yang diluluskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN