Gadis 17 tahun menderita penyakit kulit psoriasis

Gadis 17 tahun menderita penyakit kulit psoriasis

NORZILAH Abu Bakar menunjukan tangan anaknya, Nursyifa Athirah yang menghidap penyakit kulit di rumah mereka di Kampung Jeram Batu, Pekan Nanas, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang pelajar menghidapi penyakit kulit kronik atau ‘psoriasis’ yang menyebabkannya tidak boleh terdedah dengan cuaca panas dan berpeluh.

Nursyifa Athirah Mohd. Redzuan, 17, mula mengalami penyakit tersebut ketika berada di tingkatan dua pada 2020, menyebabkan kulitnya mengelupas, mengalami gatal-gatal dan ‘bersisik’.

Ibunya, Norzilah Abu Bakar, 40, memberitahu, penyakit yang dihidapi oleh anak tunggalnya itu mula dikesan apabila kerap menghadapi demam, iaitu selang dua minggu sekali.

Nursyifa yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Nanas terpaksa membawa kipas kecil ketika berada di dalam kelas kerana tidak tahan dengan keadaan panas dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti di luar bilik darjah.

“Keseluruhan anggota badan anak saya termasuk tangan, badan, kaki mengalami gatal-gatal dan berwarna merah, manakala di kepala terdapat ‘kerak’. Dia juga tidak boleh makanan sebarang seperti makanan laut dan pengambilan makanan seperti daging dan ayam adalah terbatas,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Jeram Batu, Pekan Nanas, dekat sini.

Kini anaknya itu sering menerima rawatan daripada pakar kulit di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru

“Apabila memasuki usia 14 tahun, Nursyifa mula menghidapi penyakit tersebut dengan kaki didapati ‘kram ‘ dan merebak ke bahagian sendi-sendi yang lain,” kata suri rumah itu.

Suaminya, Mohd. Fairuz Khairudin, 40, bekerja di kilang kayu di Pekan Nanas dengan pendapatan bulanan antara RM1,500 hingga RM2,000 dan dengan jumlah itu tidak mampu untuk menampung kos rawatan susulan anaknya di HSA, serta kadang-kadang mendapatkan rawatan perubatan Islam dan tradisional..

“Yang paling saya sedih apabila diberitahu, penyakit yang dihidapi oleh Nursyifa akan kekal sampai ke tua,” katanya dengan nada sebak.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyañurkan sumbangan menerusi akaun Maybank Norzilah bernombor 151025797099 atau menghubunginya menerusi talian 019-7391814.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×