Anwar ajak hayati teater Hadji Murat

Anwar ajak hayati teater Hadji Murat

POSTER teater Haji Murat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir dan menghayati pementasan teater berjudul Hadji Murat bermula Rabu ini sehingga 29 Jun di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP).

Perdana Menteri berkata, teater tersebut berdasarkan dari novela penting serta karya sasterawan dan novelis ulung Rusia, Leo Tolstoy yang terakhir.

“Menghimbau saat mengajar di Amerika Syarikat, ramai yang membicarakan mengenai gejala Islamofobia dan terorisme pasca serangan 9/11, dan saya membawa kisah novella Hadji Murat yang mengisahkan penaklukan empayar Rusia ke atas warga Muslim di wilayah Dagestan, Kaukasus Utara.

“Hadji Murat adalah sosok yang dekat dan paling kanan kepada Imam Shamil, ketua pejuang dan watak penting di tampuk kepemimpinan wilayah tersebut. Mereka berjuang seiring melawan kerakusan empayar Rusia yang dikepalai Tsar Nicholas I dan berlakunya pertembungan antara pejuang serta penjajah kerana ingin membebaskan keluarga tercinta.

“Watak Hadji Murat adalah watak yang tersepit di antara dua kekuasaan yang zalim dan bertindak semata dalam menyelamatkan keluarganya. Karya ini ternyata mengesankan tatkala ia menekankan betapa perang dan kekuasaan yang ganas hanya melahirkan ramai watak yang jahat dan khianat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Anwar berkata, Tolstoy berjaya mewujudkan rasa dan sikap yang simpatetik melalui karyanya itu.

“(Ia) apalagi kepada seorang pejuang dan wira umat Islam yakni Hadji Murat, terutama di saat dunia dirundung berat akan kezaliman dan budaya politik pemerasan yang kini berterusan di Palestin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×