Lelaki Orang Asli maut dipijak gajah

Lelaki Orang Asli maut dipijak gajah

gajah
Seorang lelaki Orang Asli maut dipijak gajah di Gerik semalam. - Gambar Hiasan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang lelaki Orang Asli berusia 65 tahun, maut dipercayai dipijak gajah liar di kawasan kebun getah di Kampung Lerlar, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, berdasarkan siasatan, warga emas itu dikatakan pergi ke kebun berkenaan sekitar pukul 3.15 petang untuk mencari kayu.

Katanya, menurut anak perempuan mangsa berusia 44 tahun yang berada di rumah kebun dekat lokasi kejadian, telah mendengar teriakan bapanya dan tempikan gajah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah keadaan reda, wanita itu bersama abang iparnya telah ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

“Pada masa sama, mereka turut terlihat kelibat gajah di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini