Lebih 300 PATI didakwa atas pelbagai kesalahan imigresen - Utusan Malaysia

Lebih 300 PATI didakwa atas pelbagai kesalahan imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN:  Seramai 319  pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 61 wanita dari beberapa negara berumur 19  hingga 53  tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pelbagai kesalahan di bawah akta imigresen.

Kesemua tertuduh terdiri daripada 143  warga Myanmar, Indonesia (47), Kemboja (2 ), Pakistan (68), India ( 38),  Bangladesh (14), Thailand (2) dan lima Nepal dibawa menggunakan tiga buah lori dan dua bas.

Pertuduhan terhadap semua PATI tersebut dibacakan di hadapan hakim, Fatimah Zahari.

Seramai 172 PATI dituduh di bawah Seksyen  6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali serta enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 146 PATI pula dituduh di bawah  Seksyen 5 ( 1 ) C Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (4) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Seorang PATI  dituduh di bawah  Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki atau menetap di negara ini secara tidak sah, selepas diusir atau dikeluarkan dari Malaysia.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Johor, Nur Lina Athirah Abdul Rahim, Sarvena Giman, Nor Khalilah Johari, Jivaletchimy Kolandial, Asanuddin Arapa dan Abdul Latif Omar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×