PETALING JAYA: Hasrat untuk melihat jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dan pelari 400 meter (m) wanita, Shereen Samson Vallabouy layak ke Sukan Olimpik Paris secara merit tidak kesampaian apabila masing-masing gagal melakukan catatan masa yang ditetapkan di Terbuka Kazakhstan.
Azeem perlu membuat catatan masa 10.00 saat (s) untuk layak secara merit atau memenangi acara 100m sekurang-kurangnya 10.20s bagi memperbaiki kedudukan ranking gagal melakukannya selepas meraih gangsa dengan catatan masa 10.37s.
Emas menjadi milik pelumba dari Thailand, Puripol Boonson dengan catatan 10.23s manakala Kayhan Ozer dari Turkiye memenangi perak selepas menamatkan perlumbaan 10.25s.
Shereen pula walaupun memenangi emas namun gagal melakukan catatan masa 50.96s iaitu syarat untuk layak secara merit selepas menamatkan perlumbaan 400m dengan 52.60s.
Perak dan gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Anna Shumilo dan Milana Zubareva dengan catatan masa 56.01s dan 57.80s.-UTUSAN










