KJ minta kerajaan batal pelaburan yang ada kaitan Blackrock dalam MAHB

KJ minta kerajaan batal pelaburan yang ada kaitan BlackRock dalam MAHB

blackrock
KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan diminta membatalkan perjanjian pelaburan oleh BlackRock dalam Malaysia AIrport Holdings Berhad kerana jelas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Larry Fink bersubahat dengan kekejaman Zionis di Gaza.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Fink secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel dan mengutuk Hamas yang mana ia secara dasarnya bermaksud bos BlackRock  itu menyokong pembunuhan beramai-ramai di gaza.

“Jadi mengapa kita melakukannya sekarang (membenarkan BlackRock melabur dalam MAHB)? Saya fikir dengan bersangka baik kerana kerajaan mahu menaik taraf lapangan terbang. Tetapi adakah kita perlukan BlackRock? Tidak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang saya cuba katakan ialah kita boleh melakukan kedua-duanya. Kita boleh mempunyai kompas moral dengan menyokong Palestin dalam menolak perjanjian ini dengan Blackrock dan pada masa yang sama dapatkan pelabur untuk memastikan kita dapat menaik taraf lapangan terbang kita.

“Pelabur yang bukan BlackRock. Bolehkah kita melakukan kedua-duanya?

“Jika perjanjian ini tidak dibatalkan oleh Pengerusi Khazanah, oleh Perdana Menteri Malaysia oleh Menteri Kewangan, iaitu orang yan sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim maka pada dasarnya ia memberi gambaran kerajaan dan Perdana Menteri bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza hari ini,” kata pada Rapat Umum Forum Tolak Blackrock malam tadi.

Sebelum ini, Global Infrastructure Partner (GIP) memiliki 30 peratus saham MAHB dengan Abu Dhabi Investment Authority memberitahu Firma pelaburan BlackRock yang berpangkalan di New York City tidak terlibat dalam usaha menswastakan MAH walaupun BlackRock bersetuju untuk memperoleh GIP pada Januari.

GIP berkata, pengambilalihan BlackRock terhadap syarikat itu hanya akan selesai pada suku ketiga 2024.

Selepas urus niaga itu selesai, pasukan kepimpinan sedia ada GIP akan mengekalkan kawalan dan tanggungjawab penuh untuk hala tuju strategik dan operasi GIP dan syarikat.

Di bawah pelaksanaan penswastaan ​​melalui konsortium yang dipanggil Gateway Development Alliance (GDA), Khazanah Nasional Bhd akan memegang 40 peratus kepentingan dalam MAHB, diikuti KWSP dengan 30 peratus.

Beberapa pihak menggesa Putrajaya membatalkan perjanjian itu kerana hubungan GIP dengan BlackRock, yang telah dituduh “mengaut keuntungan daripada pembunuhan beramai-ramai” melalui kepentingannya dalam firma pertahanan AS yang didakwa mengeluarkan senjata yang digunakan oleh Israel.

Menteri pelaburan, perdagangan dan industry, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz bagaimanapun berkata BlackRock adalah syarikat tersenarai yang bukan milik Israel, manakala Khazanah berkata GIP, sebagai rakan konsortiumnya, tidak akan mengambil bahagian dalam pengurusan MAHB apabila perjanjian itu dimuktamadkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini