Syarat SSA dipenuhi, telco akan ambil pegangan ekuiti - DNB

Syarat SSA dipenuhi, telco akan ambil pegangan ekuiti – DNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Digital Nasional Bhd (DNB) mengesahkan semua syarat terdahulu yang terkandung di bawah Perjanjian Langganan Saham (SSA) berjaya dipenuhi pada 20 Jun 2024.

DNB berkata, ini adalah pencapaian penting mengenai SSA dengan empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) di Malaysia iaitu CelcomDigi Bhd melalui Infranation Sdn. Bhd., Maxis Broadband Sdn. Bhd., U Mobile Sdn. Bhd., dan YTL Communications Sdn. Bhd. melalui YTL Power International Bhd.

“Dengan selesainya langkah penting ini, SSA bersedia untuk disiapkan menjelang akhir Jun 2024 untuk semua MNO, selain Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk meningkatkan pegangan ekuiti mereka dalam DNB.

“Tarikh akhir untuk TM ialah 21 Ogos 2024 untuk mendapatkan kelulusan pemegang sahamnya, selaras dengan keperluan tadbir urusnya,” katanya dalam kenyataan.

Pada 1 Disember 2023, DNB dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MoF Inc) memeterai SSA dengan lima MNO, justeru membolehkan penyertaan MNO dalam DNB melalui pemilikan ekuiti.

Menerusi terma SSA, MNO dijangka secara kolektif memperoleh 70 peratus pegangan ekuiti dalam DNB dengan setiap MNO memegang 14 peratus kepentingan.

Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh MoF Inc. akan mengekalkan 30 peratus kepentingan dan Saham Khas dalam DNB untuk tempoh yang ditetapkan.

“Memandangkan pihak yang terlibat dalam usaha untuk melengkapkan SSA berkenaan, DNB kekal komited untuk memacu inovasi teknologi dan memperluas perkhidmatan digital di seluruh negara, mendorong Malaysia yang lebih terhubung dan diperkasa secara digital,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×