PORT DICKSON: Seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita dipukul di sebuah hotel di sini dengan video kejadian itu tular di media social.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret, Uthman Abd Ghani di Mahkamah Majistret Port Dickson selepas membenarkan permohonan polis.
Semalam, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 37 tahun yang bekerja sebagai juruteknik itu ditangkap di Selangor.
Menurut beliau, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga bagi siasatan lanjut.
Terdahulu, polis mengesan satu video tular yang memaparkan seorang lelaki memukul seorang wanita di sebuah hotel.
Aidi Sham berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei lalu kira-kira pukul 9.50 pagi di sebuah hotel dan pergaduhan tersebut melibatkan sepasang suami isteri.
“Punca kejadian dipercayai suaminya telah berlaku curang. Akibat daripada kejadian ini, mangsa berusia 38 tahun mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota,” katanya.-UTUSAN.










