Carian ‘Fan Bingbing’, ‘Melaka’ lebih 1 bilion di WeChat

Carian ‘Fan Bingbing’, ‘Melaka’ lebih 1 bilion di WeChat

FAN Bingbing (kanan) dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lebih satu bilion carian nama ‘Fan Bingbing’ dan ‘Melaka’ direkodkan aplikasi WeChat di China pada 14 Jun dan 15 Jun lalu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ia menunjukkan pelantikan selebriti dan ikon antarabangsa China itu sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka (Melaka Friendship Ambassador Tourism) sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 berjaya meletakkan negeri ini dalam peta pelancongan dunia.

Ujarnya, tempias daripada populariti Fan Bingbing yang mempunyai lebih 65 juta pengikut di pelbagai platform media sosial, secara tidak langsung membantu mempromosikan Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam tempoh singkat sahaja kehadiran Fan Bingbing ke Melaka, Duta Setiakawan Pelancongan Melaka ini berjaya mempromosikan tempat-tempat pelancongan terkenal di Melaka.

“Ini menyebabkan nama Fan Bingbing dan Melaka mencipta fenomena hingga dicari oleh kelompok peminatnya di China dan seluruh dunia,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Fan Bingbing mengakui tanggungjawab berat apabila dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka dalam usaha membantu mempromosikan TMM 2024.

Menurut pelakon utama dalam drama The Empress of China itu, pelantikannya oleh kerajaan negeri adalah satu penghormatan yang sangat besar buat dirinya.

Tambah Ab. Rauf, pemilihan Fan Bingbing adalah sebagai langkah strategik untuk meningkatkan momentum mempromosikan Melaka ke pentas dunia.

Jelasnya, pada awalnya pelakon itu datang ke Melaka untuk melancong, namun disebabkan hubungan diplomatik Malaysia-China, Fan Bingbing dengan sukarela menawarkan diri untuk membantu kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri hanya menanggung kos logistik sahaja sepanjang keberadaan Fan Bingbing di Melaka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini