Sambutan Aidiladha bermakna buat Firdaus Hong

Sambutan Aidiladha bermakna buat Firdaus Hong

MUHAMMAD Firdaus Hong Abdullah disuap makanan oleh bapanya, Abdul Rahman Kheng sambil disaksikan ibunya, Nur Wandee di rumah mereka di Kubang Pasu, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seorang remaja mualaf dari Tunjang di sini menyifatkan Hari Raya Aidiladha tahun ini sungguh bermakna apabila kedua-dua ibu bapanya berbangsa Tionghoa memeluk Islam, bulan lepas.

Muhammad Firdaus Hong Abdullah, 17, yang memeluk Islam sejak berusia 11 tahun berkata, pengorbanannya meninggalkan keluarga dan menetap di asrama sekolah agama di sini semata-mata untuk mendalami Islam adalah berbaloi.

“Saya pilih sekolah agama dan tinggal di asrama ketika berusia 13 tahun kerana itu saja jalan terbaik untuk meneruskan pendidikan di sebalik kemiskinan keluarga. Lebih penting, saya mahu mendalami Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahan pula sejak peluk Islam, saya sudah lama menyimpan hasrat agar bapa dan emak juga ikut jejak saya.

“Namun, saya tidak boleh memaksa mereka. Jadi, saya berdoa dan solat sunat banyak-banyak terutama ketika Ramadan lepas. Saya memburu lailatulqadar dan saya percaya Allah SWT makbulkan doa saya,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di pekan Tunjang di sini.

Menurutnya, dia tidak dapat mengambarkan perasaan gembiranya apabila mendapat tahu ibu bapanya memeluk Islam sepertiyang diidamkan selama ini.

Kisah Muhammad Firdaus Hong pernah mendapat perhatian pada Mei 2019 apabila dia memeluk Islam pada usia 11 tahun dan mendapat sokongan kuat daripada ibu bapanya.

Remaja itu atau nama asalnya, Lim Ching Hong kini bersekolah di sekolah agama di bawah kelolaan Lembaga Zakat Negeri Kedah, Maahad Dini Sultan Abdul Halim di Alor Setar.

Ibu bapa Muhammad Firdaus, Lim Hun Kheng atau nama Islamnya, Abdul Rahman Kheng Abdullah, 51, dan ibunya, Nur Wandee, 45, atau Wandee Sandaesa melafazkan kalimah syahadat pada 26 Mei lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini