SETIAP tanggal 10 Zulhijjah, umat Islam yang tidak melaksanakan ibadah haji Di Tanah Suci akan merayakan Hari Raya Aidiladha yang turut menuntut umat Islam supaya sembelih haiwan ternakan seperti lembu untuk tujuan korban.
Justeru, ibadah korban adalah salah satu amalan sunnah yang lazimnya dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq.
Umat Islam yang berkemampuan dituntut melakukan ibadah korban dengan melaksanakan sembelihan haiwan ternakan, sama ada lembu, kerbau, unta atau kambing.
Meskipun haiwan seperti unta, kerbau dan kambing dibolehkan, lembu tetap menjadi pilihan utama sebahagian umat Islam khususnya di Malaysia yang ingin melakukan korban.
Bagi mereka yang berhasrat melaksanakan ibadah korban, berikut adalah antara lima baka lembu pedaging yang popular di dunia
LEMBU ANGUS

Lembu Angus adalah baka paling popular di Amerika Syarikat (AS). Sebelum dikacukkan, lembu baka Angus aslinya tidak mempunyai tanduk.
Pada mulanya, Angus tanpa tanduk ditolak, tetapi penambahbaikan dalam rasa dan kelembutan daging membuatkan baka itu mendapat permintaan di pasaran.
Baka ini juga mempunyai kadar yang sangat rendah dalam masalah berkaitan pembiakan. Malah, faktor saiznya yang besar dan berat menjadikannya popular dalam industri pengeluaran lembu pedaging.
Daging lembu itu juga memenuhi 10 standard kualiti kerana nilai pemakanan Angus menjadikannya nombor satu di AS.
LEMBU HEREFORD

Ia adalah baka British, dari Herefordshire, England. Baka ini terkenal dengan ketahanan dan kebolehsuaiannya terhadap pelbagai keadaan iklim.
Lembu Hereford lebih murah daripada baka Angus. Bagi jantan, ia boleh mencapai berat sehingga lebih 816 kilogram (kg), manakala betina 544 kg.
Daging yang disahkan memerlukan 51 peratus putih di bahagian muka, tanpa sebarang tanda putih di bahu, sisi badan dan pinggul.
BRAHMAN

Baka ini juga popular sebagai Brahman Amerika. Ia dieksport oleh AS ke banyak negara termasuk Amerika Selatan, Australia dan Kepulauan Pasifik.
Brahman juga dianggap unik kerana saiz badannya yang ‘sado’ dengan panjang kaki sederhana dan belakang badan yang lebih lurus.
Kebanyakannya lembu ini berwarna kelabu muda, tetapi ada juga berwarna hitam atau merah. Baka betina dewasa Brahman mempunyai warna lebih cerah berbanding jantan.
Seekor lembu betina Brahman mempunyai berat sekitar 500 hingga 700 kg, manakala jantan mencecah 800 hingga 1,100 kg.
LEMBU PIEDMONT
Baka ini berasal dari wilayah Piedmont di Barat Laut Itali. Anomali genetiknya, yang dikenali sebagai ‘double muscling’, menjadikannya unik.
Daging Piedmont mempunyai protein yang lebih tinggi dan kurang lemak kimia, di mana ia lebih sihat untuk pengguna.
Lembu Piedmont betina mengalami kesukaran untuk melahirkan anak lembu berotot dua kerana saluran kelahiran yang sempit, dan sebab itu lembu jantan dari baka tersebut ‘dikahwinkan’ dengan Angus.
BEEF MASTER

Beef Master adalah lembu pedaging yang berasal dari AS. Baka ini adalah hasil pembiakan silang antara lembu Shorthorn, Hereford dan Brahman.
Ia memiliki kesuburan dan pengeluaran susu yang sangat baik.
Lembu Beef Master selalunya berwarna merah dengan berat lembu jantan mencecah sekitar 1,200 kg dan lembu betina pula 800 kg.
Baka ini popular kerana ketahanannya terhadap penyakit dan parasit. Bahkan, lembu baka ini lebih mudah untuk diuruskan. – AGENSI.










