ECRL dijangka siap Januari 2025 ikut jadual

ECRL dijangka siap Januari 2025 ikut jadual

CHEN JIAN (tengah) bersama pegawai dan jurutera selepas majlis pelancaran penyambungan landasan Fasa 2 Seksyen 10 ECRL di Maran, hari ini. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Kemajuan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 10 membabitkan tiga fasa sejauh 395 kilometer berjalan lancar dan dijangka siap Januari 2025.

Timbalan Pengurus Besar Projek Seksyen 10 ECRL, Chen Jian berkata, projek Fasa 1 sejauh 92 km bermula 11 Disember 2023 siap sepenuhnya pada 20 Mac lalu.

Menurutnya, Fasa 2 dari Maran ke Pelabuhan Kuantan, Gebeng sepanjang 97 km pula bermula 9 Mac dan dijangka siap 13 Jun ini.

“Kemajuan keseluruhan projek Seksyen 10 meliputi tiga fasa berada pada landasan tepat dan dijangka dapat disiap mengikut jadual pada Januari 2025.

“Projek Fasa 2 selari dengan jadual penyiapan projek Fasa 1 dari Pelabuhan Kuantan, Gebeng ke Dungun, Terengganu sepanjang 92 km,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran penyambungan landasan Fasa 2 dari Maran ke Pelabuhan Kuantan di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar projek, Pramjit Singh berkata, sehingga kini kira-kira 23,000 pekerja tempatan dan asing terbabit di 1,900 tapak pembinaan sepanjang jajaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×