Temukan batang pinang, kulit limau dibakar - Wawa Zainal, Aeril Zafrel masih berdepan gangguan - Utusan Malaysia

Temukan batang pinang, kulit limau dibakar – Wawa Zainal, Aeril Zafrel masih berdepan gangguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal mendedahkan dia dan suami, Aeril Zafrel sehingga kini masih berdepan ‘gangguan’  yang sengaja dihantar untuk memporak perandakan keharmonian rumah tangga mereka.

Kata Wawa, perkara itu meninggalkan trauma dan menimbulkan ketakutan sekali gus membuatkan dia dan suami mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi keluarga.

“Sebenarnya, macam-macam benda pelik yang orang hantar kepada kami. Antaranya batang pinang, kulit limau dan syiling yang dibakar yang ditinggalkan di pejabat kami.

“Benda-benda begini kami masih hadap sejak kami mula-mula mendirikan rumah tangga.

“Saya tak nafikan memang perkara-perkara begini menakutkan. Apa yang boleh kami lakukan adalah jaga ibadah, lebih-lebih lagi solat lima waktu untuk lindungi kami sekeluarga,” katanya yang ditemui selepas malam gala dan sidang media filem Abnormal: Buas semalam.

Kata Wawa lagi, sepanjang berkahwin, dia dan suami sudah lali menerima gangguan-gangguan sihir yang ada antaranya membuatkan mereka sekeluarga menderita.

“Banyak yang kami hadap. Antaranya pengalaman pelik melihat sendiri syiling keluar dari tubuh saya dan Aeril.

“Kalau diikutkan saya kalau boleh tak mahu lagi terlalu menonjol lebih-lebih lagi di media sosial dan mahu bekerja di belakang tabir sahaja.

“Tapi susah untuk berbuat demikian sebab saya ada perniagaan yang perlu dipromosikan. Mahu atau tidak, saya kena ke depan.

“Rasa berat nak ceritakan pengalaman ini. Dan saya tak mahu tahu siapa yang hantar benda-benda pelik kepada keluarga kami kerana tak mahu timbul perasaan yang tak enak.

“Apa yang boleh saya dan suami lakukan adalah terus berdoa agar perkara-perkara begini tidak berlanjutan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×