Ambil tahu latar belakang syarikat produksi - Kodi Rasheed - Utusan Malaysia

Ambil tahu latar belakang syarikat produksi – Kodi Rasheed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bintang kian menyinar, Kodi Rasheed, 33, merasakan seseorang pelakon itu perlu mengambil tahu latar belakang syarikat produksi yang menawarkan kerja lakonan untuk drama mahupun filem.

Katanya, tindakan itu perlu bagi memastikanpelakon berkenaan bekerja dengan orang yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas mereka.

“Tidak dinafikan sekarang saya lebih mengambil tahu dengan siapa saya bekerja, baik pelakon, produser, pengarah, kru belakang tabir dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini berikutan pengalaman sebelum ini bekerja dengan syarikat produksi yang sekadar melepas batok di tangga, dengan penerbit yang tak ambil inisiatif untuk jual filem tersebut.

“Walhal, pelakon buat kerja sehabis baik. Sampai cedera, bergaduh, diganggu dan sebagainya. Akhirnya, penerbit berkenaan tak bersungguh-sungguh pun mahu jual filem berkenaan. Sekadar mahu buat sahaja.

“Saya tak perlu sebut siapa, tapi saya terkilan dengan pengalaman yang saya lalui dengan mereka. Sampai sekarang saya tidak tonton filem itu,” katanya yang ditemui pada malam gala filem Abnormal: Buas semalam.

Filem yang adaptasi daripada sebuah novel itu turut dibintangi Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan ramai lagi.

Kata Kodi atau nama sebenarnya, Mohd. Zhazmeer Mohd. Rasheed, dia bukan mahu bersikap cerewet, sebaliknya perlu memastikan bekerja dengan mereka yang benar-benar profesional yang bukan sekadar mahu menjana untung.

“Saya tak main-main kalau berlakon, tapi sebelum ini saya beberapa kali bekerja dengan penerbit yang tak bersungguh-sungguh.

“Bayangkan pelakon dan kru kerja keras di set penggambaran, kerja sampai dari malam ke pagi. Akhirnya penerbit ibarat endah tak endah jual filem itu.

“Jadi lebih elok saya ambil tahu dengan siapa saya bekerja supaya tak rasa kecewa atau terkilan di kemudian hari,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN