Lampin dewasa CERTAINTY, baru-baru ini memperkenalkan konsep Aktiviti Seharian (Activities of Daily Living) atau ADL bagi membantu rakyat Malaysia dalam tabiat pemilihan lampin dewasa sesuai.
ADL adalah satu terma yang sering digunakan dalam industri penjagaan kesihatan untuk merujuk kepada aktiviti dalam kehidupan seharian, terdiri daripada enam aktiviti utama termasuk makan, mandi, memakai pakaian, penggunaan tandas, pergerakan dan kontinen.
GEJALA
Inkontinen terdesak (Urge incontinence)
Pesakit terdesak membuang air kecil sebaik sahaja sensasi untuk kencing timbul (urgency).
Inkontinen stres
Boleh berlaku semasa aktiviti fizikal seperti batuk, ketawa, bersin dan mengangkat berat.
Kencing melimpah
Pesakit mengalami kencing yang menitis berterusan.
Halangan aliran keluar air kencing
Kesukaran untuk mengeluarkan air kencing.
Masalah saraf (kerosakan saraf atau otak)
Boleh mengakibatkan kedesakan, kekerapan, retensi pundi kencing dan air kencing melimpah.










