Rakyat masih dilindungi walaupun penyasaran subsidi dilaksanakan

Rakyat masih dilindungi walaupun penyasaran subsidi dilaksanakan

NIK NAZMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kebajikan rakyat khususnya M40 masih menjadi keutamaan meskipun dilaksanakan penyasaran subsidi diesel  berikutan golongan tersebut masih lagi mendapat bantuan dan tidak dikenakan membayar harga pasaran diesel secara mengejut. 

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penyasaran subsidi yang dilakukan oleh kerajaan tidak dilakukan terus secara menyeluruh malah kerajaan telah membincangkan isu ini beberapa kali sebelum dilaksanakan. 

“Sebelum ini, ramai yang membantah dengan penyasaran subsidi elektrik tetapi kesannya agak terkawal sehingga hari ini.  

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada hari raya tahun lepas, tidak ada orang kecoh tentang harga ayam mahal ataupun tidak cukup sedangkan subsidi untuk ayam pun sudah tiada ketika itu. Jadi, bagi saya yang penting adalah pemantauan daripada pihak kerajaan,“  katanya dalam sidang akhbar sempena Simposium Iklim dan Inisiatif Sasaran Asas Sains (SBTi) 2024 di sini, hari ini. 

Beliau yang juga Naib Presiden PKR menjelaskan, melalui penyasaran subsidi ini, tugas kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh memantau peniaga untuk memastikan tiada kenaikan harga barang. 

Semalam, media melaporkan, Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel secara berkala membabitkan jumlah penarikan lebih kecil terlebih dahulu berbanding langkah mengejut seperti berlaku ketika ini.

Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, walaupun Pergerakan Pemuda UMNO menyokong dasar penstrukturan subsidi, namun jumlah penarikan subsidi lebih besar secara berkala hanya boleh dilaksanakan selepas situasi ekonomi semasa kembali stabil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini