Fleet card sistem kawalan subsidi ada had isian liter - MOF

Fleet card sistem kawalan subsidi ada had isian liter – MOF

Fleet card sistem kawalan subsidi ada had isian liter - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan ada had atau kuota isian liter bagi ‘fleet card’ membabitkan 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, had itu akan ditetapkan dalam kapasiti liter dan bukannya berdasarkan amaun.

Bagaimanapun, katanya, pengumuman terperinci mengenai perkara itu akan dibuat oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kelak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang ada had isian liter dan bukannya berdasarkan amaun. Saya fikir biar Menteri Kewangan II umumkan.

“Buat masa ini, had itu belum ditentukan lagi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Dasar Cukai Malaysia ke-4, di sini hari ini.

Bermula semalam, harga diesel di semua stesen runcit petrol di Semenanjung Malaysia
ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter.

Pelarasan harga pasaran diesel tanpa subsidi itu terpakai di seluruh Semenanjung Malaysia dan tetapan harga pula dibuat secara mingguan berdasarkan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Sebelum ini, sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi melalui penggunaan ‘fleet card’ SKDS biarpun harga baharu diesel ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter.

Ini bermakna sektor pengangkutan awam darat akan terus menikmati harga subsidi diesel pada RM1.88 seliter manakala, kenderaan pengangkutan barangan darat pula bakal menikmati harga RM2.15 seliter.

Ditanya rungutan orang ramai mengenai bantuan RM200 Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) yang tidak mencukupi, Hui Ying berkata, kajian telah dibuat dan bantuan itu dilihat mencukupi.

Katanya, buat masa ini, jumlah bantuan Budi Madani itu akan dikekalkan namun, jika ada maklum balas pada masa depan ia akan dikaji semula.

Sebelum ini, pelbagai rungutan dikongsi orang ramai di media sosial bahawa bantuan tunai RM200 itu tidak mencukupi.

Budi Madani menyediakan subsidi bantuan tunai RM200 kepada isi rumah yang menggunakan kenderaan diesel sama ada bagi kategori individu mahupun agri-komoditi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN