Israel sambung larangan operasi Al Jazeera selama 45 hari

Israel sambung larangan operasi Al Jazeera selama 45 hari

IBU pejabat Al Jazeera di Doha, Qatar.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Pengawal selia telekomunikasi Israel melanjutkan pengharaman operasi Al Jazeera selama 45 hari lagi  selepas Kabinet bersetuju siarannya menimbulkan ancaman kepada keselamatan.

Mahkamah Tel Aviv minggu lalu mengekalkan larangan awal 35 hari ke atas operasi Al Jazeera di Israel, yang dikenakan oleh kerajaan atas alasan keselamatan negara, yang berakhir pada Sabtu.

Dalam keputusan berasingan mengenai petisyen Al Jazeera untuk menentang penutupan itu, Mahkamah Agung Israel menyifatkan tindakan terhadap saluran penyiaran yang disokong Qatar itu sebagai penetapan awal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Al Jazeera memberitahu mahkamah ia tidak mencetuskan keganasan dan larangan itu tidak seimbang berdasarkan dokumen yang ditunjukkan mahkamah.

Namun Kementerian Komunikasi Israel berkata, siaran rangkaian pada syarikat kabel dan satelit serta akses kepada laman webnya akan kekal disekat.

“Kami tidak akan membenarkan saluran pengganas Al Jazeera menyiarkan dari Israel dan membahayakan pejuang kami. Undang-undang memberi kuasa kepada saya sebagai menteri komunikasi untuk mengambil tindakan sedemikian terhadap penyiar asing.

“Memandangkan seriusnya kerosakan terhadap keselamatan negeri, saya yakin perintah penutupan akan dilanjutkan pada masa hadapan juga,” kata Menteri Komunikasi, Shlomo Karhi.

Hakim, Shai Yaniv berkata, beliau sudah dibekalkan dengan bukti yang tidak dinyatakannya, mengenai hubungan yang lama terjalin dan rapat antara Hamas dan Al Jazeera, menuduh saluran itu mempromosikan matlamat kumpulan pejuang Palestin itu.

Pihak berkuasa Israel menyerbu bilik hotel Baitulmuqaddis yang digunakan oleh Al Jazeera sebagai pejabatnya pada 5 Mei lalu dan berkata mereka akan menutup operasi itu sepanjang tempoh perang Gaza.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini