Muhyiddin sedih memikirkan kesan penyasaran diesel

Muhyiddin sedih memikirkan kesan penyasaran diesel

Gelombang
MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenaikan harga diesel secara mendadak ini akan mengakibatkan kejutan ekonomi yang bakal merebak ke seluruh negara dan menyebabkan kesan gandaan kepada sektor ekonomi dan sosial lain.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beban itu jika ditaksir mungkin kosnya kepada rakyat adalah jauh lebih besar daripada RM4 bilion yang dapat dijimatkan daripada penyasaran subsidi berkenaan.

Katanya, rakyat bakal menghadapi kesulitan hidup yang lebih teruk jika kerana sistem ekonomi negara tidak efisien dan gagal diurus dengan baik oleh pucuk pimpinan kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Langkah PH-BN ini sekadar bukti menunjukkan mereka tidak peka terhadap keluhan rakyat. Kenaikan harga diesel sebanyak RM1.20 atau 56 peratus berbanding sebelumnya adalah amat tinggi dan tidak mengendahkan nasib rakyat yang cukup terbeban dengan inflasi dan kos sara hidup yang sudah tinggi. 

“Peringatan saya di Parlimen supaya pelaksanaan penyasaran subsidi langsung tidak diendahkan. Sedih di hati bukan kepalang apabila memikirkan kesan kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk pengumuman kerajaan bahawa harga diesel di semua stesen runcit petrol di seluruh Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter bermula hari ini.

Kenaikan sebanyak RM1.20 seliter itu, bagaimanapun boleh berubah setiap minggu mengikut harga semasa.

Menurut Muhyiddin, jumlah RM200 sebulan pastinya tidak memadai untuk menampung kenaikan harga diesel yang terlalu tinggi sekali gus menyebabkan kenaikan kos dalam rantaian bekalan akan tetap berlaku dan ditanggung sepenuhnya oleh pengguna.

“Saya tidak yakin Sistem Kawalan Subsidi Diesel (SKDS) yang hanya terhad kepada jenis-jenis kenderaan komersil tertentu sahaja dapat mengatasi masalah kenaikan kos dalam rantaian bekalan. 

“Syarat-syarat yang dikenakan ke atas penerima bantuan subsidi diesel menerusi skim Budi Madani juga ketat yang boleh menyebabkan sebahagian besar pengguna tidak layak mendapat bantuan. Ini termasuk petani dan pekebun kecil yang menggunakan jentera diesel bagi mengeluarkan produk pertanian,” katanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu mengingatkan, penyasaran diesel hanyalah permulaan dan bahawa rakyat akan lebih terbeban apabila kerajaan menarik balik subsidi RON 95 tidak lama lagi.

“Penyasaran subsidi diesel tanpa langkah komprehensif untuk menampakan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat adalah satu keputusan buruk yang dibuat oleh kerajaan. Kesannya akan dirasai serta merta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×