Pakej Umrah Eko-Mampu bermula dari RM5,990

Pakej Umrah Eko-Mampu bermula dari RM5,990

ROSNAH Wagino pada sidang akhbar mengenai pengenalan Pakej Umrah Eko-Mampu oleh Juara Travel & Tours baru-baru ini.-UTUSAN/M FIRDAUS M JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan Pakej Umrah Eko-Mampu pada harga bermula RM5,990 bagi membolehkan semua rakyat Malaysia tanpa peringkat umur terutamanya B40 untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Pengarah Urusannya, Rosnah Wagino berkata, keistimewaan pakej tersebut ditawarkan pada harga seperti DIY (buat sendiri) tersebut adalah ia tetap dipimpin oleh mutawif berpengalaman bermula dari tanah air sehingga pulang ke Malaysia.

Katanya, kebajikan jemaah juga terjamin 24 jam di tanah suci kerana dijaga oleh petugasnya yang kebanyakannya adalah anak tempatan Mekah.

“Kami menggunakan penerbangan Saudi Airlines yang berlepas secara terus dari Kuala Lumpur ke Mekah, kemudian ke Madinah dan kembali ke Malaysia daripada Madinah. Pakej ini melibatkan 10 hari hari dan lapan malam.

“Untuk kali pertama ini, kami membuka 300 tempat melibatkan 120 orang bagi setiap penerbangan pada 27, 28 dan 29 Disember 2024. Untuk setiap penerbangan kami akan menyediakan empat orang mutawif iaitu seorang mutawif bagi setiap satu bas di sana,” katanya pada sidang akhbar baru-baru ini.

Sementara itu, Rosnah berkata, hotel tiga bintang yang disediakan mereka bagi jemaah adalah kira-kira satu kilometer daripada Masjidil Haram. 

Tambah beliau, pakej itu tidak termasuk dengan makanan tetapi pihaknya menyediakan kursus umrah percuma kepada jemaah setiap minggu dicawangannya di seluruh negeri bagi menitikberatkan ilmu dalam ibadah umrah.

“Pakej ini diwujudkan setelah mendengar banyak cerita daripada masyarakat di luar sana yang membuat umrah secara DIY dengan mencari tiket murah, hotel yang murah tetapi apabila sampai di sana, kos yang mereka tanggung lebih tinggi dari apa yang kami tawarkan.

“Melihat kepada maklum balas ini kami terpanggil untuk buat pakej RM5,990 ini kerana umrah bukannya melancong tetapi memerlukan pengisian umrah itu sendiri dan perlu ada ilmu untuk menjalankan ibadah.

“Oleh itu, kami berasa bertanggungjawab untuk menyediakan pakej yang pada harga yang rendah ini supaya lebih ramai dapat mengerjakan umrah,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya juga akan menambah lagi jumlah tempat untuk pakej tersebut jika menerima sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai.

Beliau berharap pakej tersebut dapat meningkat jumlah jemaah umrahnya kepada 20,000 setahun berbanding 13,000 yang dicapai pada 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×