Fusion Muji, Bali yang tenang

Fusion Muji, Bali yang tenang

KOMBINASI coklat dan putih beri efek tenang dan nyaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA pintu dibuka, tersergam keindahan dalam ketenangan di kediaman yang satu ini. Konsepnya ringkas dan sederhana, namun elemen
tenang seakan ‘menyelimuti’ keseluruhan ruang.

Pemiliknya, Nurul Athirah Auni Othman berkata, kediaman yang dihuni bersama keluarganya itu menerapkan konsep Muji yang memberi penekanan kepada kesederhanaan.

Sebagai tambahan, elemen ala Bali turut diselitkan dengan warna-warna kehijauan pada beberapa sudut ruangan yang melengkapkan dekorasi beberapa aksesori seakan material rotan. “Konsep ini dipilih kerana unsur ketenangan dan kesederhanaan yang ada padanya. Ketika pintu dibuka, ruang yang ada terlihat luas dan juga kemas.

“Hiasan dinding fluted panel yang menampakkan elemen kayu dipilih supaya menjadi salah satu tarikan apabila memasuki rumah,” katanya kepada Seri.

HIASAN  uted panel pada dinding melengkapkan konsep Muji yang sederhana namun menarik.

Tambah Nurul Athirah, konsep Muji dikatakan membawa elemen ketenangan serta membuatkan penghuninya melihat ruangan rumah lebih
luas.

Mengenai padanan warna pula, suri hati kepada Muhammad Asyraf Zabani ini berkata, beliau banyak melakukan rujukan di laman dekorasi secara dalam talian untuk melengkapkan konsep itu.

“Padanan warna dipilih berdasarkan carian idea di Pinterest untuk melengkapkan konsep serba Muji. Warna putih dan coklat dipilih untuk
mengekalkan estetika Muji tersebut,” katanya lagi.

NURUL Athirah Auni Othman dan suami, Muhammad Asyraf Zabani serta anak-anak.

Secara keseluruhannya, kediaman jenis teres dua tingkat ini mengunakan konsep minimalis pada keseluruhan ruang.

Daripada segi susun atur, aksesori dan perabot, semuanya senada dengan rona lembut untuk mencipta ruang tenang untuk seisi keluarga.

Sedikit sentuhan kehijauan daripada pokok hiasan pada beberapa meja makan dan sudut ruangan menonton televisyen pula memberi rona kontra namun masih dalam mood tenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×