Pecah masuk inap desa, tiga ditahan seorang masih bebas

Pecah masuk inap desa, tiga ditahan seorang masih bebas

KERETA Proton Saga yang dipercayai digunakan oleh penjenayah untuk melakukan pecah masuk inap desa di Taman Bintang Ria, Simpang Renggam, Johor pada Rabu baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Polis menahan tiga lelaki susulan kejadian pecah masuk inap desa di Taman Bintang Ria di Simpang Renggam, Rabu lalu. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, serbuan pada kira-kira pukul 2.30 petang di sebuah rumah di Taman Sri Mewah, Simpang Renggam itu menahan tiga lelaki warga tempatan berusia 17 hingga 30 tahun. 

Katanya, sebelum itu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan yang menyatakan premis miliknya dipecah masuk kira-kira pukul 5 pagi kelmarin menyebabkan satu unit TV serta satu unit dekoder CCTV hilang. 

“Bagaimana pun seorang lagi suspek yang dipercayai aku terlibat dalam kejadian pecah masuk inap desa itu berjaya melarikan diri bersama-sama barang-barang dicuri. 

“Hasil serbuan, polis berjaya merampas sebuah kereta dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti pecah rumah pada hari kejadian,” katanya melalui kenyataan hari ini. 

Menurut Bahrin lagi, semakan rekod jenayah lampau mendapati dua suspek masing-masing mempunyai empat dan satu rekod berkaitan jenayah serta satu rekod dadah manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang rekod. 

“Semua yang ditangkap telah direman selama empat hari bermula semalam hingga 9 Jun ini dan seorang lagi suspek yang masih bebas sedang dikesan polis,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×