Buat persediaan rapi menjelang wukuf

Buat persediaan rapi menjelang wukuf

HISHAMUDI BAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Biarpun berbaki kira-kira dua minggu sebelum tiba­nya hari wukuf, perasaan jemaah haji bercampur-baur antara gembira dan berdebar-debar.

Rata-rata mereka terutama golongan yang berusia khuatir sekiranya kesihatan mereka kurang baik dan tidak memuaskan ketika tibanyak hari kemuncak Rukun Islam kelima itu.

Bagi Hishamudi Bahari 54, walaupun persediaan telah dibuat terutama daripada segi ilmu dan pengetahuan, dia bimbang sekiranya tahap kesihatan tidak baik lebih-lebih lagi de­ngan cuaca panas.

“Saya takut diuji dengan ke­sihatan menjelang hari wukuf. Setiap hari saya memanjatkan doa agar Allah SWT memberikan kesihatan yang baik terutama kaki dan tangan melangkah serta tangan yang kuat untuk melontar.

“Bagaimanapun , saya dalam masa yang sama gembira kerana semakin dekat wukuf semakin dekat ibadat haji sampai ke kemuncaknya. Cuma rasa sedih turut ada kerana semakin dekat tempoh saya untuk meninggalkan Tanah Suci Mekah,” katanya yang berasal dari Kampar, Perak.

Sebelum ini Ketua Rombo­ngan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengingatkan jemaah haji agar membuat persiapan secukup­nya sama ada daripada segi ilmu pengetahuan dan penjagaan kesihatan.

Sebagai rekod, wukuf salah satu rukun haji yang dijangka jatuh pada 15 Jun ini.

SYED Saleh Syed Abdul Rahman memasukkan wang sebagai simbolik perasmian Tabung Nikmatul Khair di Mekah semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Aizat Firdaus, 43, sudah membuat beberapa persediaan bagi memastikan segala ibadatnya nanti lancar.

Dia dalam dalam masa yang sama bersyukur dengan layanan dan cara Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dalam mengurus segala aktiviti sebelum bermulanya operasi Masyair.

“Jadual untuk jemaah juga telah disediakan termasuk makan. Selain itu mereka akan memastikan jemaah tidak duduk di bilik tanpa melakukan anak-anak.

Sementara itu, Syed Saleh mengingatkan agar petugas operasi haji tidak cepat berpuas hati dengan pencapaian yang telah diterima setakat ini.

Sebaliknya, beliau berharap semua petugas bekerja keras dan memberi fokus terhadap keperluan aspek operasi haji serta keperluan jemaah haji sehingga selesai.

Beliau juga berharap pencapaian tahun ini melebihi sasaran pencapaian yang pernah diterima tahun lepas termasuk Pencapaian Kepuasan Indeks Pelanggan 1444H yang mence­cah 86 peratus.

“Perjuangan belum berakhir dan belum selesai serta ama­nah murni masih perlu digalas dengan penuh dedikasi dengan pengorbanan masa dan tenaga.

“Kita impikan tahun ini tahun terbaik perkhidmatan kepada jemaah haji.Maka kualiti dan imej Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) harus dipertingkatkan lagi dan tidak mudah berasa selesa dengan apa yang telah dicapai.Kita akan mempertahankan pengiktirafan sebagai badan pengendali haji terbaik dunia,” katanya.

Sebagai rekod, Malaysia berjaya menerima pengiktirafan Anugerah Labbaitom daripada Kerajaan Arab Saudi bagi Perkhid­matan dan Program Bimbingan Haji Terbaik dalam dunia Islam pada Januari 2023. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×