Penerbit swasta tidak boleh abai kepentingan kecerdasan buatan

Penerbit swasta tidak boleh abai kepentingan kecerdasan buatan

PENERBIT swasta perlu terus berinovasi dan beradaptasi dengan perubahan dalam teknologi serta keperluan pendidikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENERBIT  swasta memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di Malaysia dengan menyediakan pelbagai bahan pembelajaran yang inovatif dan relevan. Kepentingan penerbit swasta ini semakin ketara dalam usaha memajukan pendidikan yang berkualiti tinggi, sesuai dengan keperluan semasa dan masa depan.

Sejak dahulu lagi, penerbit swasta mengambil inisiatif untuk menyediakan buku teks, bahan bantu mengajar dan sumber pembelajaran digital yang sesuai dengan kurikulum kebangsaan. Mereka bertanggungjawab dalam menghasilkan bahan pembelajaran yang bukan sahaja menarik minat pelajar tetapi juga memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Salah satu sumbangan besar penerbit swasta adalah pengenalan teknologi dalam pendidikan. Dengan kemajuan teknologi maklumat, mereka mengambil langkah proaktif untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam bahan-bahan pembelajaran termasuklah pembuatan aplikasi pembelajaran, portal pendidikan dan sumber-sumber pembelajaran interaktif yang boleh diakses melalui internet.

Dalam konteks globalisasi dan persaingan yang semakin meningkat, penerbit swasta temainkan peranan dalam menyediakan bahan yang tidak hanya berfokus pada kurikulum tetapi juga memperluas cakrawala pengetahuan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang bersifat global. Ini adalah penting dalam mempersiapkan pelajar untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Penerbit swasta juga telah membantu dalam meningkatkan literasi dan minat membaca di melalui penerbitan buku-buku fiksyen dan non-fiksyen yang berkualiti. 

Dalam usaha memastikan kualiti pendidikan yang tinggi, penerbit swasta seringkali bekerjasama dengan badan dan agensi  pendidikan kerajaan untuk memastikan kesesuaian bahan pembelajaran dengan garis panduan dan standard yang ditetapkan. Kerjasama ini membantu dalam menyediakan bahan-bahan yang berkesan dan sesuai dengan keperluan pelajar dan guru..

Penerbit swasta juga memainkan peranan dalam pendidikan inklusif dengan menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk pelajar dengan keperluan khas bagi memenuhi pelbagai jenis kebolehan pelajar, memastikan setiap individu mendapat manfaat dari proses pendidikan.

Menghadapi abad ke-21, diharapkan penerbit swasta akan terus berinovasi dan beradaptasi dengan perubahan dalam teknologi dan keperluan pendidikan.

Harapan untuk masa depan adalah mereka akan lebih giat dalam menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi maklumat untuk mencipta bahan pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik yang dapat menyesuaikan diri dengan keperluan individu pelajar.-UTUSAN

AZLIZA AZIZUL

Parit Sulong, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×