Paddy peneraju bidang perhubungan awam - Utusan Malaysia

Paddy peneraju bidang perhubungan awam

Penulis (kiri) bergambar dengan Paddy Bowie di kediamannya di ibu negara Januari tahun lalu. Turut kelihatan Anil Pillay dan Fong Peng Kuan dari Paddy Schubert Consultants.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh: Dr. Rizwanah Souket Ali

Perhubungan Awam adalah sebuah industri dalam negara dan ia menunjukkan perkembangan memberangsangkan sama ada daripada segi pendidikan, mahupun kerja berkaitan.

Kajian ilmiah berhubung Perhubungan Awam mendapati, seorang wanita asal United Kingdom, Datuk Dr. Paddy Bowie OBE, 95, dikesan sebagai peneraju industri perhubungan awam Malaysia.
Hasil penyelidikan ilmiah saya mendapati Paddy Bowie yang turut dikenali Paddy Schubert sebagai seorang penulis, aktivis dan penasihat yang penting kepada industri perhubungan awam di Malaysia. Personaliti Paddy dirakam dalam buku tulisan saya bertajuk – Women in PR History.

Beliau tokoh berpengaruh dalam industri perhubungan awam tempatan dengan kerjaya yang telah menjangkau enam dekad.

Wanita kelahiran Padiham, Lancashire, England ini merupakan seorang yang sukakan pengembaraan.

Malah beliau mencatat sejarah sebagai wanita pertama di Shell Group pada peringkat antarabangsa, memperoleh status Ahli Lembaga, kurang dari dua dekad setelah berpindah ke Asia Tenggara.
Usai pengajian di University of Manchester dan Oxford University, Paddy berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Singapura pada 1955.

Daripada situ, beliau mengajar kemahiran komunikasi dan advokasi di Jabatan Undang-undang untuk Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang kemudiannya dikenali sebagai National University of Singapore (NUS).

Paddy Bowie.

Pada 1960, Paddy direkrut sebagai pegawai latihan untuk mengendalikan kelas bahasa Inggeris kepada eksekutif dan pengurus di Shell Singapura.

PINDAH KE KL
Tiga tahun kemudian, beliau mengambil keputusan berpindah ke Kuala Lumpur dan akhirnya memperoleh kewarganegaraan Malaysia.
Selepas pemisahan Singapura pada tahun 1965, Paddy masih menetap di Malaysia, di mana beliau akhirnya mendapat tempat di dalam bidang perhubungan.

WANITA SULUNG
Selepas berpindah dari Singapura, beliau mengambil peluang untuk mengajar di Kolej MARA, Malaysia sebelum bergabung semula dengan Shell Malaysia sebagai pegawai latihan Shell Co.

Pada 1969, setelah memegang pelbagai jawatan dalam bidang perhubungan am dan persorangan, Paddy dilantik sebagai Pengurus Hubungan Perdagangan Syarikat Shell di Malaysia dan Singapura, di mana beliau bertanggungjawab untuk urusan perhubungan awam Shell.

Beliau memperoleh kedudukan sosial yang tinggi apabila dapat mencapai posisi pengurusan tertinggi industri minyak yang dikuasai lelaki sebelum menjadi perintis kepada pendidikan perhubungan awam di Malaysia.

Ketika tempoh di mana golongan wanita jarang dapat memegang posisi dalam kedudukan korporat yang kuat, Paddy dilantik menjadi ahli lembaga utama syarikat Shell Group di Malaysia dan Singapura dan menjadi wanita sulung di Shell Group di seluruh dunia yang memperoleh status Ahli Lembaga Pengarah.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kumpulan syarikat Shell di Malaysia dan Singapura.

Nyata kekuatan hubungan awam di sebuah negara bergantung pada kualiti pendidikan dan latihan yang diberikan.

Beliau memenuhi keperluan itu sebagai perintis pendidik dan pengarah perhubungan awam Malaysia yang pertama.

Malah beliau turut merakamkan sebagai wanita pertama dilantik ke dalam dewan Institute of Public Relations in Malaysia (IPRM) dan berkhidmat sebagai Naib Presiden IPRM dari tahun 1976 hingga 1978.

Sebagai ahli dewan, Paddy telah terlibat dengan perlaksanaan program pendidikan dan latihan formal, sekali gus memenuhi syarat pengamal perhubungan awam dan meningkatkan reputasi industri.
Paddy banyak terlibat dalam urusan pengawasan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan untuk kursus IPRM.

Dengan kepimpinan Paddy, kursus tersebut telah menarik pelbagai bilangan peserta dari sektor swasta dan jabatan kerajaan.

Sementara itu, selepas 20 tahun berkhidmat dengan Shell, Paddy menubuh syarikat komunikasi strategiknya sendiri pada tahun 1980 – Paddy Schubert Consultants Sdn Bhd – dengan rakan karibnya Mary McEvoy.

Setelah penubuhan syarikat tersebut, beliau telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang luas,seperti analisis politik dan perkhidmatan perundingan, penyumbangan artikel berita ke media dan menulis ucapan untuk menteri kabinet terkenal pada masa itu.

HADAPI CABARAN
Faktor yang membuatkan pencapaian Paddy mengagumkan adalah beliau gigih dalam mengejar cita-citanya walaupun berdepan beberapa tragedi peribadi sepanjang kerjayanya.

Pada tahun 1975, suami pertamanya, Carl Schubert, meninggal dunia akibat angin ahmar dan meninggalkan beliau bersama tiga anak angkatnya sebagai ibu tungal. Lima tahun kemudian, beliau berkahwin dengan John Bowie. Pada 1998 John Bowie meninggal dunia akibat komplikasi hati.

Beliau kehilangan anak lelaki sulung bernama Peter pada 2004 akibat kemalangan kereta, anak keduanya, Richard, pada tahun 2006 dan anak bongsunya Samantha pada 2016 kesan barah pankreas.
———
Penulis alah Pensyarah Perhubungan Awam, Monash University Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×