Projek DRT: Hannah Yeoh serah SPRM siasat

Projek DRT: Hannah Yeoh serah SPRM siasat

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa itu berhubung isu pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada sebuah syarikat dikaitkan dengan suaminya.

Kata Ahli Parlimen Segambut itu, tidak wajar untuk beliau memberi sebarang maklum balas atau komen berhubung dakwaan tersebut yang boleh disifatkan sebagai gangguan campur tangan terhadap siasatan dijalankan SPRM.

Katanya, beliau dan seluruh rakyat berhak mendapat kebenaran berhubung perkara itu.

“Sebenarnya atas sebab inilah saya tidak berkata apa-apa lebih awal kerana pada pandangan saya, cara terbaik ke hadapan dalam menangani isu tersebut adalah menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menyiasatnya.

“Saya mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap projek DRT Selangor. Sekarang siasatan telah bermula, saya mahu melihat kebenaran dan kebenaran muncul daripada siasatan ini. Malaysia berhak untuk tidak kurang (mengetahuinya),” katanya dalam kenyataan.

Minggu lalu, Exco Selangor, Ng Sze Han memaklumkan, Asia Mobility Technologies Sdn. Bhd. adalah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis DRT manakala Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Ramachandran Muniandy merupakan suami Hannah.

Asia Mobility Technologies Sdn. Bhd. merupakan antara dua syarikat yang sudah mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk projek tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini dilaporkan berkata, berdasarkan pemerhatiannya dalam laporan media berhubung isu itu, projek berkenaan diberikan oleh entiti lain yang tidak mempunyai kena mengena dengan Hannah.

Beliau juga tidak melihat sebarang kaitan pemberian kontrak DRT oleh kerajaan Selangor melibatkan menteri daripada DAP itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×