Johor perlu wujudkan ladang solar

Johor perlu wujudkan ladang solar

HASNI Mohammad 9dua dari kanan) melawat pameran yang diadakan pada majlis Surfactor Asia Pacific's Switch-On di Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri disaran memperkenalkan ladang solar yang boleh mengurangkan kebergantungan dan menggantikan bekalan tenaga konvensional.

Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, langkah itu perlu dalam usaha menarik kemasukan lebih ramai pelabur ke negeri ini pada masa akan datang.

“Kebanyakan industri dan pelaburan pada hari ini sudah bergerak ke arah penggunaan tenaga hijau dan tenaga yang boleh diperbaharui. Itulah sebabnya kerajaan negeri Johor telah memperkenalkan ‘Johor Green Deal’ yang memberikan gambaran tentang perkara yang boleh dilakukan untuk mencipta dan menyediakan struktur yang boleh menyokong pelaburan masa depan datang ke negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada keperluan untuk kita meneliti perkara ini kerana kawasan perindustrian semasa yang kita ada di Sedenak Tech Park (STeP) mendapat permintaan tinggi terhadap penggunaan tenaga hijau dan mesra alam,” katanya selepas merasmikan ‘Surfactor Asia Pacific’s Switch-On’ di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini.

Hasni yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, saranan itu juga selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030) yang diperkenalkan oleh kerajaan Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN