FedEx mahu kembang perniagaan di Malaysia

FedEx mahu kembang perniagaan di Malaysia

ANWAR Ibrahim menerima kunjungan delegasi FedEx di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.- Facebook Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat multinasional, FedEx Corporation (FedEx) berhasrat mengembangkan perniagaannya terutama yang melibatkan kemudahan sedia ada di beberapa lapangan terbang di Malaysia. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat multinasional dalam bidang pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan itu bertapak di negara ini sejak 1993 juga melihat cadangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai satu lonjakan kerjasama pertumbuhan ekonomi masa hadapan yang perlu dimanfaatkan. 

“Saya juga mendapat maklum balas positif terkait dengan pendekatan kerajaan dalam menterjemah agenda Ekonomi Madani yang digagaskan. 

“Kemudahan yang dimiliki FedEx di Malaysia kini melaksanakan lebih 30 penerbangan dalam seminggu dengan menghubungkan industri tempatan kepada rangkaian global mereka di 220 buah negara dan wilayah,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan dan Antarabangsa FedEx, Richard Smith dan delegasi di Putrajaya.

FedEx adalah syarikat multinasional dalam bidang pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1993. 

Pada Februari lalu, Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada tahun lepas, me­ningkat 23 peratus berbanding tahun 2022 sekali gus menyaksikan jumlah itu adalah pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara.

Pelaburan asing merupakan penyumbang utama iaitu seba­nyak 57.2 peratus berbanding pelaburan domestik sebanyak 42.8 peratus, manakala prestasi cemerlang itu juga disokong oleh peningkatan sebanyak 35.1 peratus bagi pelaburan domestik dan sebanyak 15.3 peratus bagi pelaburan asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×