Tidak pernah bergandingan, AR Badul akui tiada keserasian dengan Adlin Aman Ramlie - Utusan Malaysia

Tidak pernah bergandingan, AR Badul akui tiada keserasian dengan Adlin Aman Ramlie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU KELANG: Pelakon veteran, AR Badul mengakui dirinya tiada keserasian jika digandingkan bersama adiknya, Adlin Aman Ramli untuk menjayakan sesebuah karya.

Menurut Badul atau Armaya Aman Ramlie, 78, meskipun tiada sebarang masalah dalam pertalian adik-beradik, dia berpendapat keserasian itu sukar diterbitkan untuk bekerjasama.

“Kami memang tiada keserasian. Kalau disatukan pun terasa panas saja, tidak tahu kenapa. Tapi kami tidak pernah bergaduh atau bertengkar. Naluri saya dapat rasa frekuensu kami tidak sampai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ibarat ada telefon tetapi panggilan tidak dapat disambungkan. Saya dengan arwah Amran boleh masuk (bergandingan) sebab kami satu aliran. Tapi dengan Adlin, saya rasa tidak boleh jalan,” katanya.

Badul berkata demikian ketika ditemui di program Tribute Penghargaan Tokoh Veteran Negara sempena FFM35, semalam.

Mengulas mengenai kebolehan adiknya itu, pelakon filem Tuan Badul itu berpendapat Adlin lebih menyerlah dalam bidang pengacaraan dan sebagai juri berbanding pelawak.

“Pada saya, Adlin bukan pelawak seperti Amran. Adlin lebih kepada pensyarah. Dia bercakap memang bagus, jadi juri pun bagus. Kalau bercakap tentang filem, dia boleh.

“Melawak itu dia boleh juga, mungkin kalau ada peluang orang boleh ambil dia untuk bawa watak pelawak. Kita tengok bagaimana jadinya,” jelasnya.

Bagaimanapun anak kepada seniman Allahyarham Tan Sri AR Tompel itu menjelaskan hubungannya dengan adik-beradik sebapa dalam keadaan yang baik dan tidak bermusuhan.

“Hubungan kami adik-beradik okey sahaja, tiada sebarang perbalahan. Kami masih boleh berkumpul bersama. Dulu setiap tahun kami buat tahlil atau kenduri. Tetapi sejak kebelakangan ini sudah kurang sedikit.

“Saya sebenarnya dengan adik-beradik tidak pernah bergaduh. Cuma kami ini berlainan emak, rasa seperti ‘spesis’ berlainan sedikit,” selorohnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini