Selami keindahan Bukit Fraser

Selami keindahan Bukit Fraser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIAPA sangka, dalam setiap kepingan gambar, tersimpan 1,000 cerita. Begitu juga dengan setiap sudut yang diabadikan di Bukit Fraser, Pahang.

Dalam pertandingan fotografi yang diadakan baru-baru ini, pengunjung diminta mempersembahkan kecantikan alam semula jadi dan budaya tempatan melalui lensa telefon pintar mereka.

Mobilegraphy, istilah yang merujuk kepada seni fotografi menggunakan telefon pintar, kini semakin mendapat tempat dalam kalangan jurugambar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kecanggihan teknologi telefon pintar hari ini membolehkan sesiapa sahaja mengambil gambar berkualiti tinggi dengan mudah.

Namun, cabaran tetap wujud antaranya dari segi menangani pencahayaan yang berubah-ubah dan mendapatkan komposisi sempurna.

Justeru, jurugambar perlu bijak memanfaatkan setiap fungsi telefon pintar untuk menghasilkan gambar yang memukau dan bermakna.

Gambar, bukan sekadar sekeping kertas yang disimpan di dalam album. Ia adalah medium untuk menyebarkan pesanan dan cerita.

Di zaman digital ini, setiap gambar yang dikongsi di media sosial membawa impak besar, oleh itu, penggunaan tanda pagar adalah sangat penting.

#FraserHill2024Mobilegraphy, #mobilegraphy, dan #tourismpahang, merupakan antara contoh tanda pagar yang boleh menggerakkan gelombang minat.

Dalam pertandingan itu, tiga pelajar dari Jabatan Fotomedia Kreatif, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), Universiti Teknologi Mara (UiTM), mencipta sejarah sebagai pemenang bagi kategori institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Muhammad Haziq Aqil Abdul Halim mengungguli kategori itu diikuti Mohammad Izzat Mohammad Shariff (kedua) dan Ahmad Izzat Nazmee Ahmad (ketiga).

Namun, matlamat pertandingan ini bukanlah tentang pemenang semata-mata.

Sebaliknya, ia mengandungi mesej lebih besar bagaimana gambar-gambar itu membawa kita merentasi sempadan dunia dam mengajak merenung keindahan alam semula jadi.

Oleh itu, teruskan mengambil gambar dan abadikan setiap momen berharga di hadapan mata.

Mudah-mudahan keindahan Bukit Fraser dapat terus menjadi sumber inspirasi untuk generasi hari ini dan akan datang.

-Penulis merupakan bekas jurufoto Utusan Malaysia dan kini bertugas sebagai Koordinator Bidang di Jabatan Fotomedia Kreatif, KPSK, UiTM.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini