Isteri di Kedah, namun tidak mahu diganggu

Isteri di Kedah, namun tidak mahu diganggu

PUSPOWATI HUSSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kehilangan Puspowati Hussain, 53, selama lebih seminggu terjawab selepas wanita itu memaklumkan kepada anaknya, dia kini berada di Kedah, namun tetap merahsiakan lokasi kerana tidak mahu diganggu.

Azhar Dollah, 55, berkata, isterinya dipercayai bertindak sedemikian kerana terpengaruh dengan sebuah pertubuhan dan kesal dengan kejadian yang berlaku.

Katanya, selama 26 tahun mendirikan rumah tangga, hubungan mereka baik namun krisis mula berlaku selepas isterinya itu terlibat dengan pertubuhan itu yang menjual satu produk dipercayai berkaitan dengan antivaksin itu.

“Saya tak marah dia terlibat dalam penjualan bahan itu, namun rasanya tidak perlu sampai mempengaruhi isteri orang untuk meninggalkan rumah tanpa izin,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Azhar lagi, dia tetap sayangkan isterinya dan berharap Puspowati dapat memberi penjelasan di atas tindakannya itu.

“Jangan ketika sudah senang, sanggup menjauhkan diri daripada kami, namun apabila berlaku sesuatu tidak diingini keluarga ini juga yang akan menanggungnya.

“Apa yang diharapkan agar dia pulang sekejap bagi mencari jalan penyelesaian selain memberi peluang membina semula kebahagian dikecapi selama ini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×