Bukit dibersihkan punca kerap banjir kilat di Tringkap

Bukit dibersihkan punca banjir kilat di Tringkap

KEADAAN bukit yang dibersihkan di pekan Tringkap di Cameron Highlands baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Persa­tuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) mendakwa pembersihan hutan di kawasan bukit di pekan Tringkap di sini punca banjir kilat yang sudah tiga kali melanda kampung di kaki bukit tersebut.

Presiden Reach, A. Dilip Martin berkata, kejadian banjir kilat terbaru yang berlaku di kampung tersebut iaitu Kampung Baru Tringkap pada Jumaat lalu adalah kesan daripada pembersihan bukit untuk projek tersebut.

Menurutnya, hutan bukit yang sudah dibersihkan menyebabkan air hujan tidak dapat diserap dalam tanah, sebaliknya mengalir terus ke dalam sungai dan melimpah hingga ke rumah penduduk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kampung Baru Tringkap adalah penempatan lama di Tringkap yang terletak di kaki bukit yang sudah dibersihkan. Apabila hujan lebat, air tidak lagi dapat menyerap dalam tanah dan terus mengalir ke dalam sungai di bawah bukit.

“Jika berlaku lagi hujan lebat, dengan keadaan bukit yang sudah tidak mempunyai pokok untuk menyerap atau menahan aliran air, ia akan menyebabkan banjir kilat yang lebih teruk.

“Reach bimbangkan keselamatan penduduk yang rumah mereka terletak di bawah bukit yang sudah dibersihkan. Lebih baik hentikan projek,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurutnya, secara keseluruhan Reach juga mendapati penerokaan hutan bukit untuk tujuan pertanian, pembangunan dan projek eko pelancongan di Cameron Highlands amat membimbangkan.

Katanya, perkara itu dikesan pihaknya baru-baru ini menerusi rakaman video dan gambar yang menunjukkan cerun melebihi 45 darjah dan bukit kelas tiga, iaitu kawasan cerun 26 hingga 35 darjah dan bukit kelas empat, iaitu cerun melebih 36 darjah dipotong untuk tujuan pertanian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini